Resepi Kuih Bakar Pandan yang Sedap

KUIH BAKAR PANDAN YANG CONFIRM SEDAP DAN MENJADI

Kuih bakar pandan taburan kacang gajus


 RESEPI | Hai , selamat petang semua ! Harini resepi yang akan saya kongsi adalah kuih bakar pandan atau kuih bakar manis . Kenapa panggil kuih bakar pandan ye? Sebab bahan utama dalam pembuatan kuih ini menggunakan daun pandan . Orang Malaysia kita memang memang suka menyajikan hidangan minum petang bersama kuih-muih tau termasuklah saya ni. 

Kuih bakar pandan juga menjadi pilihan sesetengah orang Malaysia kita  untuk dijadikan sebagai berkat dalam majlis kahwin dan majlis-majlis keraian yang lain . 

Mengikut apa yang ayah saya kata , orang dulu-dulu kalau bakar kuih ni menggunakan arang kayu. sabut kelapa dan tempurung kelapa . Sabut kelapa itu mereka akan letakkan pada bagaikan atas kuih dibentukkan V supaya tak jatuh dan bahagian tengah kuih masak sekata. Aroma dan bau pun lebih sedap tau. Tapi disebabkan kawasan yang saya duduk adalah area bandar saya guna dapur gas sahaja buat kuih ni . Ok Jom lah saya kongsi resepi . Baca di bawah ya .


RESEPI KUIH PANDAN BAKAR ( 3/4 adunan)

BAHAN-BAHAN :-

• 3 biji telur

• 2 cawan tepung gandum 

• 1 cawan gula halus dan secubit garam.

• 1 cawan jus pandan (6 daun pandan di potong  dan di blend halus untuk mendapat kan jus pandan)

• 1 cawan santan Jenama Kara dan 1 cawan air 

• 2 sudu makan majerin .

• Sedikit pewarna makanan (green flavour cap bintang).

• bijan / kacang gajus cincang sebagai topping 


CARA- CARA MEMASAK 

1-Sediakan blender kalau nak kacau biasa atau guna mixer pun boleh je tapi untuk cara saya , saya lebih selesa guna blender huhu.

2-Masukkan semua bahan yang saya list diatas ke dalam blender lalu diblend halus.(Pastikan tiada tepung berketul)

3-Oleskan majerin secara merata pada loyang berbentuk bunga dan tuangkan adunan dalam loyang.(Kalau tiada loyang bunga guna ja loyang bulat ,empat segi pun boleh.)



4-Masak menggunakan api perlahan menggunakan dapur gas. (Jangan guna api besar sebab boleh senang terbakar ) 

Kalau nak masak guna air-fryer pun boleh guna suhu 180 dan dibakar selama 20 mins. 

5- Taburkan bijan atau kacang gajus (kacang gajus dihancurkan dan disangai terlebih dahulu) .

6-Cucuk menggunakan lidi pada kuih . Jika lidi bersih daripada adunan kuih bakar maknanya dah masak . Jika ada adunan kuih melekat pada lidi maknanya belum masak dan biarkan lagi beberapa minit untuk ianya masak dengan betul. 

7-Kuih bakar anda siap untuk dihidang dan boleh dimakan. 

Loyang bunga dan adunan kuih bakar yang ditabur gajus

Ok itu sahaja dari saya . SELAMAT MENCUBA !

Comments

Popular Posts