Cara Saya Buat Milo Oreo Milkshake Homemade.

CARA SAYA BUAT MILO OREO MILKSHAKE DI RUMAH SAHAJA.

Milo Oreo Milkshake 


RESEPI | Hi ~ Assalamualaikum , macam mana cuaca sekarang ? Dekat tempat saya sekejap panas sekejap mendung dan tiba-tiba pula dah hujan . Biasanya waktu 12:00 tengahari cuaca terik sedikit ,jadi tekak pun mula kering dah rasa nak makan benda sejuk ja.

Masa dua hari lepas saya ada sejukkan air putih untuk dijadikan ais batu .Lebih kurang dalam dua ketul saiz sederhana saya buat ais batu. Mula-mula terfikir nak buat milo ais ja .Lepastu tiba-tiba saya dapat idea lain nak buat air lagi sedap daripada milo ais iaitu “Oreo Milo Milkshake”

Nak buat dia tak susah dan tak lama manapun. Rasanya pula dah tentulah manis dan memukau selera saya . Saya buat hidangan minuman ini untuk satu keluarga untuk 6 orang minum.


SUKATAN BAHAN UNTUK 6 ORANG MINUM:-

•1 plastik Biskut Oreo ( letak banyak keping lagi sedap)
•18 sudu makan Serbuk Milo.
•2 cawan susu segar ( Dutch Lady).
•7 sudu makan susu pekat manis.
•2 ketul Ais batu (Ais Plastik bersaiz A5).

P/S:- Dua kali blend

SUKATAN BAHAN UNTUK 3 ORANG MINUM:-

•7 keping Biskut Oreo 
•9 sudu makan Serbuk Milo.
•1 cawan susu segar ( Dutch Lady).
•3 1/2 sudu makan susu pekat manis.
•1 ketul Ais batu (Ais Plastik bersaiz A5).

P/s :- Sekali blend sahaja 



CARA-CARA MEMBUAT :-

1-Sediakan blender .

2-Masukkan biskut Oreo,serbuk Milo,susu segar,susu 
pekat manis dan ais batu kedalam blender.

Semua bahan telah dimasukkan kedalam blender

3-Blend atau kisar halus kesemua bahan yang telah dicampur tadi .

Bahan telah di kisar halus

4-Tuangkan Milo Oreo Milkshake kedalam cawan dan siap untuk diminum . Jika ingin  nampak menarik dan rasa yang lebih umphh boleh taburkan serbuk Milo dan juga kepingan kecil biskut Oreo di atas milkshake .

Milo Oreo Milkshake ( cup size 22oz)

Minuman  Milo Oreo Milkshake sangat sedap dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Tambahan pula penyediaannya cukup mudah dan ringkas . Sekian sahaja dari saya dan selamat mencuba ya. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts