Minyak Kelapa Dara

 MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara

INFO MENARIK | Pernah dengar tak minyak kelapa dara? Kalau pernah baguslah.Harini saya nak kongsi sedikit info menarik tentang minyak kelapa dara.Sebenarnya umi saya telah menghadiahkan saya sebotol minyak kelapa dara kepada saya.Umi membelikan untuk saya kerana saya mempunyai masalah rambut.Mengikut kata umi saya,beliau telah menggunakan minyak kelapa dari zaman remaja lagi.Patutlah saya tengok rambut umi lebat dan tidak beruban walaupun dah maningkat usia.

Terdapat banyak manfaat penggunaan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian kita antaranya boleh membantu mencegah masalah jantung. Kandungan 50% Asid Laurik dalam minyak kelapa dara dapat mencegah masalah kolesterol tinggi dan hipertensi. Walaupun minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu,akan tetapi kandungannya tidaklah berbahaya seperti lemak tepu yang ada dalam lemak sayuran.Ia dapat mengurangkan risiko kecederaan arteri (pembuluh darah) . 

Saya sarankan anda memilih minyak kelapa dara yang berbau wangi dan tidak tengik kerana mempunyai kualiti yang lebih bagus.Ia diproses tanpa menggunakan haba atau sebarang bahan kimia dan mengandungi pelbagai nutrien yang jarang kita ketahui.

Selain itu,minyak kelapa dara mampu merawat penyakit berpunca daripada kuman seperti resdung kerana bersifat antivirus,antibakteria,antifungus dan anti protozoa. Cara penggunaannya adalah dengan  menitiskan beberapa titik minyak kelapa dara di telapak tapak tangan lalu disedut ke dalam hidung.Sesuai diamalkan pada waktu pagi atau petang.

Bagi seseorang yang mengalami masalah rambut amatlah disarankan menggunakannya.Minyak kelapa dara boleh merawat masalah rambut gugur, melebatkan rambut, menyihatkan rambut dan menjadikan rambut bersinar serta boleh mencegah masalah kelemumur atau kutu rambut. Cara penggunaanya adalah dengan menyapu beberapa titis minyak ke atas rambut .Sambil sapu ,urut sedikit bahagian kepala.Lebih bagus gantikan minyak rambut biasa anda dengan minyak kelapa dara.

Tambahan pula, minyak kelapa dara juga mampu merawat masalah kulit kering dan juga kulit berjerawat.Ia bertindak sebagai agen pelembab untuk kulit kerana sifatnya yang mampu menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.Ia menjadikan kulit kita tidak berminyak atau melekit.Cara penggunaanya adalah dengan menyapukan beberapa titis pada bahagian kulit yang bermasalah.

Menariknya lagi,penggunaan minyak kelapa dara bukan hanya pada luaran sahaja malahan dalaman juga. Mereka yang menghidap masalah tiroid (klik sini) juga boleh dibantu dengan mengkonsusmsinya.Ia dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.

Minyak kelapa dara juga dapat memelihara berat badan yang unggul serta memberikan tenaga tambahan pada tubuh.Konsumsilah minyak kelapa dara dua kali dalam seminggu pada waktu pagi mahupun petang.

Akhir kalam,semoga perkongsian kalini memberikan manfaat kepada semua.Pesanan terakhir ,belilah minyak kelapa dara yang bermutu dan berkualiti untuk mendapatkan hasil yang terbaik .Sekian sahaja dari saya dan jumpa lagi di artikel dan info menarik yang bakal saya kongsi.Assalamualaikum.





Comments

Popular Posts