Bengkel Khat Kaligrafi

Bengkel Khat Kaligrafi ✍️


Hi semua, assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya ingin berkongsi gambar-gambar sekitar Bengkel Khat Kaligrafi yang telah diadakan di Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.


Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan minat serta kecintaan terhadap seni tulisan khat dalam kalangan masyarakat. Sepanjang bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan asas dan teknik seni khat yang diajar oleh petugas perpustakaan.


Di bawah ini merupakan antara gambar aktiviti bengkel bersama Guru-guru Tabika Perpaduan Negeri Melaka.





Comments

Popular Posts