Kek oldtown white coffee guna blender

KEK OLDTOWN WHITE COFFEE MENGGUNAKAN BLENDER

Kek
Kek oldtown white coffee


Resepi | Haritu kan.. saya teringin nak makan kek coklat. Tapi koko takde pula .Saya cari bahan lain untuk gantikan koko iaitu White Coffee.Saya gunakan instant oldtown white coffee .Fyi resepi kalini adalah  resepi try and error atau resepi eksperimen saya huhu. Saya cedok-cedok sikit resepi yang ada di internet . 

Mula-mula saya buat untuk first try menjadi cuma kek naik menyerong .Bentuk dia kurang cantik . Tapi rasa dan tekstur lembut . Kemudian, saya buat kali kedua barulah kek naik dengan cantik . Rasa dia macam rasa white coffee atau lebih kurang macam dalgona .Masa tengah bake tu bau dia memang sedap ,macam betul-betul berada dalam kedai bakery..Saya makan ni rasa nak lagi huhu. 

Oh iya, saya bagi adik dan abang and family yang lain  rasa juga.Diorang cakap sedap ,unik dan menjadi .Btw adik saya memang suka makan apa yang saya masak . 

Baiklah,di bawah ni saya kongsikan resepi yang telah saya olah . 


BAHAN-BAHAN :-

-3 biji telur

-1/4 @ 1/2 gula kastor (gula halus)

-1 sudu makan ovalet

-1/4 susu cair

-1 cawan tepung.

-sedikit baking soda

-1 sachet oldtown white coffee

-3 sudu makan majerin dicairkan

*cashewnuts (optional)*


Untuk topping meleleh (memandai-mandai tapi jadi dan sedap gila)


Pastikan double boil

-1/4 minyak masak

-1/2 susu cair

-1/2 susu pekat

-1/2 sachet oldtown white coffee

-*naktambah eskrim pun boleh hehe*

CARA-CARA MEMBUAT KEK :-

1- Sediakan blender .

2-Masukkan gula kastor ,telur dan ovalet mengikut sukatan di atas kemudian blendkan menggunakan blender.

3-Masukkan susu cair,tepung,serbuk oldtown white coffee,baking soda dan majerin yang telah dicairkan kedalam blender lalu blendkan ia.

4-Oleskan majerin ke dalam loyang dan tuang adunan yang telah diblend tadi.

5- Masukkan ke dalam Air-fryer .Tetapkan suhu 180 darjah selsiusdan bakar selama 15-20mminit.

6-Setelah siap , buat pula untuk bahan topping.

7-Pastikan kaedah masakkan digunakan adalah double-boil.

8-Didihkan air terlebih dahulu,kemudian masukkan minyak,susu cair,susu pekat dan 1/2 sachet oldtown white coffee ke dalam bekas .

9-Kacau sehingga sebati .Jika sudah siap bolehlah diangkat dan dituangkan ke atas kek kita tadi.



Nampaknya kek dah siap jadi boleh makan :) Menu kek  eksperimen saya menjadi juga :)


Comments

Popular Posts