Resepi Chilli Cheese Fries

CHILLI CHEESE FRIES INSPIRASI AZFAR HERI

RESEPI | Hi readers, masa-masa. terluang ni selalunya korang buat apa ? Saya pula tengok Youtube.Scroll punya scroll keluar la video lama dari Youtuber Azfar Heri tentang masakan. Dalam video tu Azfar tunjuk cara masak Chilli Cheese  Fries cara dia lah. Saya tengok macam sedap je menu ni .

 Kalau dekat Melaka rasanya ada satu brand makanan  iaitu PrankFries .    

Ramai yang review prank fries dan mereka kata sedap cuma saya tak pernah jejak ke sana lagi.Jika  ada rezeki inshaallah saya kesana ya

Memandangkan saya tengah rajin masuk dapur,saya cuba buat hidangan Chilli Cheese Fries inspirasi dari Azfar Heri.Bahan utama mestilah kentang sejuk beku.Tak kesah lah jenama apa asalkan kentang ok . 


Chilli Cheese Fries


BAHAN- BAHAN :-

•Kentang sejuk beku 
•Chedaar cheese / Parmesan cheese
•1/2 bawang merah dipotong halus
•Daging cincang 
•Pes tomato / jus tomato (1 biji)
•Cili boh/cili kisar (3-4 sudu ikut kepedasan)
•1 sudu makan serbuk kari
•Serbuk lada sula sebagai perasa
•1 sudu kecil garam

CARA-CARA MEMASAK :-

1- Masak kentang sejuk beku menggunakan Air-Fryer selama 15-20 minit dengan suhu 180selsius.Jika tiada Air-Fryer gunakan dapur gas seperti biasa dan masak kentang sehingga kekuningan.



Masukkan kentang dalam Air-Fryer 

2-Sambil kita tungggu kentang masak dengan sempurna ,boleh panaskan kuali untuk membuat inti .

Tunggu kentang masak

3- Tuang sedikit minyak kedalam kuali ,tumis bawang merah sehingga naik bau .

Tumis bawang.

4- Masukkan daging cincang dan masak sehingga warna sedikit coklat lalu masukkan satu sudu makan serbuk kari ke dalam kuali.


Daging berubah kecoklatan

5-Masukkan pes tomato/jus tomato yang telah dikisar dan cili kisar/cili boh kedalam kuali, biarkan ia masak dengan sempurna.

Cili boh 

6-Perasakan dengan serbuk lada sula dan garam , kacau sehingga masak .

Serbuk lada sula sebagai bahan perasa 

7-Sediakan aluminum foil , tuangkan kentang goreng ke atasnya kemudian tuangkan inti di atas kentang goreng dan sapu merata . 

Kentang goreng di tuang di atas aluminium foil

Inti disapu merata di atas kentang goreng

8-Letakkan 3-5 keping cheddar cheese /parmesan cheese ke atas inti daging .

Cheddar cheese sedia untuk mencair .

9-Masak semula di dalam Air-Fryer selama 3-4 minit dengan suhu 180 selsius supaya cheese mencair .

Chilli Cheese Fries dalam Air-Fryer

10- Chilli Cheese Fries dah siap dan boleh dijamu bersama keluarga tersayang anda . 


Ok itu sahaja dari saya . Selamat Mencuba .Jom masak!

Comments

Popular Posts