Drama Song Ji Hyo

DRAMA TERBARU ACTRESS SONG JI HYO

DRAMA | Baru-baru ini pelakon wanita cantik yang popular menerusi rancangan aneka ragam Running Man iaitu Song Ji Hyo akan memainkan peran utama sebagai penyihir dalam drama terbarunya “The Witch’s Diner” .

Drama bersiri ini menceritakan tentang orang-orang terdesak yang datang untuk makan hidangan ajaib dengan harapan dapat memenuhi permintaan peribadi mereka walaupun melibatkan nyawa mereka sendiri.Watak yang dimainkan oleh Song Ji Hyo adalah Jo Hee Ra .Dia memilih menjadi seorang tukang sihir setelah mengalami nasib tragis pada usia dua puluhan dan kini menjalankan sebuah restoran misteri dengan seorang pembantunya bernama Jin yang dimainkan oleh Nam Ji Hyun. Manakala, Chae Jong Hyeop memainkan watak Gil Yong yang merupakan  pelayan part-timer dengan serving skill yang bagus di restoran tersebut.

Drama ini sebenarnya diadaptasi dari novel dengan nama yang sama oleh penulis oleh Koo Sang Hee yang berjaya memenangkan anugerah Daesang (Grand Award) pada Kyobo Book’s Centre.

Jom tonton trailer di bawah ini,

Sebagai peminat Song Ji Hyo saya sarankan supaya tonton drama bersiri ini . Drama ini bakal ditayangkan pada 16 Julai 2021 jam 9.00 malam (KST) . Sementara menunggu drama ini ditayangkan secara rasmi tontonlah drama dan filem yang pernah dibintangi oleh Song Ji Hyo 

1-Princess Hours. (Tahun 2006)

Princess Hours

Song Ji Hyo memegang watak sebagai Min Hyo Rin,seorang penari balet yang sangat berbakat dan merupakan bekas kekasih kepada Shin .Drama ini menceritakan tentang kehidupan keluarga kerabat diraja di masa moden.

2-Emergency Couple (Tahun 2014)

Emergency Couple

Dua pelajar perubatan memutuskan untuk berkahwin muda,tetapi akhirnya bercerai tidak lama kemudia.Enam tahun berikutnya , mereka bertemu kembali sebagai pelatih di hospital yang sama.

3-Was it Love (Tahun 2020)

Was it love

Noh Ae Jung (Song Ji Hyo) seorang ibu tunggal yang telah hidup seorang diri selama 14 tahun.Tiba-tiba muncul 4 lelaki menarik perhatiannya dengan cara berbeza.Dia mempunyai hubungan persahabatan yang lalu dengan 3 daripada 4 lelaki sebelum kehamilannya.Oh Dae Oh (Son Ho Jun) adalah lelaki yang buruk tetapi menarik,Ryu Jin (Song Jong Ho) adalah pelakon yang menyedihkan tetapi tampan dan kaya,Goo Pa Do (Kim Min Jun) lelaki yang menakutkan tetapi seksi dan Oh Yeon Woo (Koo Ja Sung) adalah lelaki muda yang genit dan menggoda.

4-Lovely Horribly (Tahun 2018)

Lovely horribly

Philip (Park Si Hoo) dan Eul Soon( Song Ji Hyo) terikat dengan nasib yang tidak biasa : kebahagiaan  seseorang selalu mengakibatkan musibah orang lain.Kedua-duanya mula menulis drama bersama-sama dan peristiwa dalam lakon layar secara misteri mula berlaku dalam kehidupan nyata .

5-Filem Intruder (Tahun 2020)

Intruder

Filem ini mengisahkan mengenai Yoo Jin yang pulang ke rumah setelah hilang 25 tahun yang lalu.Keluarga mereka beransur-ansur berubah setelah dia kembali, abangnya Seo Jin  bertambah curiga dan berusaha untuk membongkar rahsia Yoo Jin yang akhirnya membawa kepada kebenaran yang mengejutkan.

6-Ex-girlfriend club (Tahun 2015)

Ex-girlfriend club

Seorang penulis webtoon yang terkenal menulis mengenai bekas kekasihnya. Semasa webtoonnya dijadikan filem, dia bertemu dengan seorang penerbit filem wanita.

Kesimpulannya,banyak lagi sebenarnya drama dan filem yang best dari Song Ji Hyo.Rugilah tidak menonton drama beliau , saya jamin korang mesti suka dan terhibur .Fighting spartace .Sekian.

Comments

Popular Posts