Hari Raya Aidil Adha (Eid Adha Mubarak)
HARI RAYA AIDIL ADHA
Tanggal 20 Julai 2021 |
bersamaan dengan 10 zulhijjah 1442 hijri merupakan tanggal bagi umat islam menyambut hari raya aidil adha.Perayaan ini diamalkan oleh seluruh umat islam didunia bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai mematuhi perintah-Nya.
Allah memrintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail,namun Allah telah menggantikan dengan seekor haiwan sembelihan yang besar seperti yang tertulis didalam surah As-safaat surah yang ke 37 ayat yang ke 107
ُوَفَدَيْنٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيْمٍ
(Maksudnya : Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar)
Takbir hari raya boleh dilaungkan selepas solat subuh iaitu pada 9 Zulhijjah.(Bagi yang tidak menunaikan Haji) Manakala bagi yang menunaikan Haji pada 10 Zulhijjah sehinggalah pada hari tashriq yang terakhir iaitu 13 Zulhijjah,selepas solat Asar.
Berikut merupakan lafaz takbir.
(Baca 3 kali)
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Allah Maha Besar, tidak ada tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar,Allah Maha Besar dan segala puji milik Allah.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: Allah Maha Besar dengan segala kebesaran,segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyak pujian,dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang,tiada tuhan selain Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya,dengan memurnikan agama Islam,meskipun orang-orang kafir membencinya,tiada tuhan melainkan Allah dengan keesaannya,dia dzat yang menepati janji,dzat yang menolong hambanya,dan memuliakan bala tentaranya dan menyiksa musuh dengan keesaannya.Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakad iaitu sunat yang dituntut bagi mereka yang beragama islam,telah baligh,berakal dan berkemampuan.Adapun dari sudut lain korban merupakan sunat kifaiyah bagi sesebuah keluarga.Jika seseorang daripada mereka telah melakukannya ia sudah memadai untuk keluarga tersebut.
Bagi mereka yang melakukan ibadah korban disunatkan agar tidak memotong kuku,bulu-bulu,rambut di badan (Riwayat muslim).
![]() |
| Binatang sembelihan : Kambing |
Binatang yang dibuat korban kebiasaanya ialah kambing,lembu,biri-biri dan unta.Untuk kambing hanya boleh seorang sahaja penama untuk korban kerana saiznya kecil .Manakala lembu boleh dikongsi sehingga 7 orang kerana bersaiz besar.Antara hikmah yang terdapat dalam melaksanakan ibadah korban adalah dapat memupuk sikap peduli dan prihatin dalam diri .Hal ini dapat dibuktikan melalui pengedaran daging korban kepada yang memerlukan lebih-lebih lagi kepada golongan miskin.Selain itu, dapat mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati dalam membelanjakan harta ke jalan Allah.Ibadah korban juga dapat melahirkan tanda kesyukuran terhadapt rezeki yang telah diberikan oleh Allah Taala.
Baca sini untuk: panduan solat sunat hari raya aidiladha.
Akhir kata,Selamat Hari Raya Aidiladha semua dan selamat menunaikan ibadah haji bagi semua umat islam yang mampu.Wallahualambissawab.



Comments
Post a Comment