Resepi Donut Lembut

DONUT  LEMBUT HIDANGAN MINUM PETANG 

Donut 

RESEPI | Hi semua , minuman petang kalini adalah donut gebu dan lembut. Hidangan donut merupakan makanan pembuka selera atau dessert bagi orang barat. Mengikut sejarah awal dari Wikipedia google ,asal-usul donut dibawa oleh seorang peneroka Belanda pada awal era New York (New Amsterdam) .Donat pada zaman dulu tidak mempunyai lubang ditengah yang  berbentuk cincin. Donut telah dipopularkan di negara barat seperti Amerika Syarikat (United States Amerika) Australia dan Canada.

Kebiasaannya donut digoreng di dalam minyak yang panas. Pembuatan donut adalah daripada adunan tepung gandum atau tepung roti serta campuran bahan-bahan lain seperti yis,mentega atau butter,air,gula,susu dan telur .Bahagian atas donut pula disalut dengan pelbagai  topping seperti salutan gula aising ,coklat ganache,taburan serbuk kayu manis,krim vanila,serbuk oreo dan lain-lain.

Selalunya cara hidangan donut dihidang bersama dengan minuman coklat panas ,kopi,teh,nescafe dan sebagainya.Disini saya akan kongsikan resepi donut lembut sesuai untuk hidangan minuman petang anda . 


BAHAN-BAHAN :-

•Yeast 
•1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
•2 cawan tepung gandum
•1/2 sudu kecil garam
•2 sudu pekat manis 
•2 sudu gula kastor
•2 sudu marjerin
•1 biji telur
•1 biji kentang direbus ( sebagai pelembut asli)



UNTUK TOPPING (PILIHAN)

•Gula kastor /gula pasir halus
•Nutela
•Coklat ganache ( double boil )



CARA-CARA MEMBUAT DONUT 

1-Sediakan bekas plastik berbentuk bulat .

Bekas plastik pink comel

2-Masukkan semua bahan dibawah kedalam bekas bulat.

• Yeast 
•1/2 sudu kecil bikarbonat
•2 cawan tepung gandum
•1/2 sudu kecil garam
•2 sudu pekat manis 
•2 sudu gula kastor
•2 sudu marjerin
•1 biji telur (dikocak terlebih dahulu)
•1 biji kentang direbus dan diblend halus .
•Sedikit air putih

3-Gaul kesemua bahan dan tuangkan air putih biasa sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.


4-Uli doh sehingga tidak lengkit (tak melekat-lekat) pada tangan.


5-Tutup doh menggunakan kain lembab.Biarkan doh mengembang selama 15 minit.


6-Setelah doh kembang,keluarkan doh dari bekas dan bahagi kepada dua.

7-Taburkan tepung di atas doh dan uli sedikit lagi . Leperkan doh menggunakan roller kayu.


8-Tekapkan acuan donut diatas doh yang telah dileperkan tadi .Letakkan hasil doh yang telah ditekap ke dalam loyang/piring yang ditabur tepung.


9-Panaskan minyak dan masukkan donut yang telah ditekap tadi dan goreng dengan api yang perlahan.Angkat dan biar seketika.


10-Sediakan bekas bertutup ,masukkan gula kastor/gula halus ke dalam bekas bertutup kemudian masukkan juga donut yang telah siap digoreng .Tutup dan goncang supaya gula tersalut rata.

11-Donut bersalut gula dah pun siap dan boleh dimakan :)


Doughnut

Sekian sahaja dari saya .Selamat mencuba ! Jemput makan semua.


Comments

Popular Posts