Buah Manggis dari Kampung
BUAH MANGGIS DARI KAMPUNG KIRIMAN MOKSU
Haa Alhamdulillah ! |
Harini dapat buah Manggis melalui kiriman pos dari moksu.Kalau dulu-dulu masa sekolah rendah memang akan balik kampung dan panjat pokok manggis.Meriah makan manggis fresh dari kebun. Sebenarnya bukan setakat manggis yang ada di kampung, banyak lagi buah-buahan tempatan yang ada di dusun kecil kami.
Antara pokok buah-buahan yang ada ditanam di dusun kecil kami ialah pokok durian,pokok jambu boi,pokok jambu air,pokok rambutan,pokok langsat,pokok duku,pokok limau,pokok limau nipis ,pokok manggis,pokok pisang dan pokok buah nenas .
Atuk saya seorang yang rajin berkebun .Kalau dalam seminggu tak turun kebun tak sah .Dia suka bercucuk tanam dan jaga kebun .Sebenarnya kawasan kampung kami pedalaman jadi banyak binatang merosakkan tanaman buah . Ada suatu ketika dulu ,ayah saya sedang memasukkan buah durian kedalam trunk kereta untuk dibawa balik ke rumah.Tiba-tiba datang seekor monyet mencuri buah durian.Selamba gila dia ambil durian . Selepas kejadian tu ayah saya belikan seekor patung harimau dan letakkan di atas reban ayam .Monyet-monyet nakal yang nampak patung itu mula takut nak dekat dengan kebun buah kami.
Orang kata buah manggis ni banyak khasiat . Mengikut dari pembacaan di internet saya dapati buah manggis mengandungi pelbagai vitamin baik untuk tubuh,kulit dan imunisasi badan.Kalau durian di gelar sebagai raja buah , jangan tidak tahu pula manggislah permaisurinya.
Inilah bentuk buah manggis.Kulitnya bewarna ungu gelap dan daunnya bewarna hijau,manakala isinya bewarna putih gebu.
![]() |
| Buah manggis (gracinia mangostana) |
Rasanya pula manis-manis dan sedikit masam.Sebenarnya kulit buah manggis juga boleh diekstrak menjadi jus untuk diminum .
Ada beberapa kajian mengatakan bahawa kulit manggis mempunyai kandungan Xanthon yang tinggi .Kandungan ini adalah 5 kali lebih baik daripada vitamin C. Adanya kandungan Xanthon dapat memperlambat proses penuaan sel-sel termasuk sel-sel jantung.Selain itu juga , kandungan Xanthon yang tinggi dapat membantu mencegah barah dan keradangan.Boleh lihat pautan disini untuk penerangan yang lebih mendalam .
Itu sahajalah perkongsian harini.saya nak sambung makan manggis lagi bye~



Comments
Post a Comment