Resepi Burnt Cheesecake

RESEPI BURNT CHEESECAKE MENGGUNAKAN AIR-FRYER DAN BLENDER INSPIRED BY KHAIRULAMING.

RESEPI | Hai petang semuanya . Harini saya nak buat dessert yang sedap dan simple. Resepi Burnt Cheesecake ni sangat mudah  . Bagi yang meminati makanan berasaskan keju anda mesti suka . Hanya menggunakan 7 bahan ini sahaja memang menjadi.


BAHAN-BAHAN 

•250 gram cream cheese ( saya guna tatura cheese)

•200ml whipping cream/kotak kecil (emborg) 

•1/2 cawan gula 

•3 biji telur 

•2 sudu besar tepung gandum

•1 sudu kecil garam

•1 penutup esen vanila

                 

CARA-CARA :-

1- Sediakan blender dan bahan-bahan terlebih dahulu.Pastikan blender dibasuh bersih.

Bahan untuk membuat Burnt Cheesecake

2-Masukkan cream cheese , whipping cream, gula,telur,tepung,garam dan esen vanila kedalam blender.


3-Blend kesemua bahan yang telah dimasukkan kedalam blender .

Bahan-bahan kek telah diblend 

4- Sediakan aluminum foil dan loyang air-fryer.(Sepatutnya guna bakery paper tapi sebab dah habis saya guna aluminium foil je )

5-Sapu rata mentega keatas aluminium foil dan masukkan kedalam loyang air-fryer .

6-Masukkan adunan yang telah diblend tadi ke dalam loyang .


7-Bakar dalam suhu 180celsius selama 20 minit, kemudian bakar lagi dalam suhu 160 Celsius  selama 20 minit. ( Gerakkan loyang dan kek akan bergoyang-goyang jika dah masak elok ).


8-Biarkan kek sejuk seketika kemudian masukkan kek kedalam peti ais . Sebab kalau makan sejuk-sejuk memang lagi sedap .

Burnt Cheesecake

Tekstur Burnt cheesecake sangat lembut dan rasanya berlemak.Jika makan ianya mudah mencair dalam mulut. 


Comments

Popular Posts