Tips Mudah untuk Kurus .
![]() |
Gambar hiasan :Epal merah mengancam |
Tips Mudah Untuk Kurus
TIPS | Sebelum ni banyak posting saya mengenai resepi makanan kan? Kalini saya nak share info dan Tips mudah dan menarik untuk kuruskan badan 😊
Mesti anda yang datang disini ingin mencari solusi bagaimana ingin kurus bukan? Boleh ke kurus kalau tak bersenam? Jawapan dia boleh sahaja ,asalkan anda jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang.(Saya jamin akan ada perubahan jika anda semua disipilin semasa amalkan tips ini)
Apa itu diet seimbang ? Diet seimbang membawa maksud makan makanan sihat dan seimbang dalam kuantiti sederhana mengikut saiz portion yang disarankan dan mestilah ada kepelbagaian untuk memenuhi keperluan badan.
Dibawah ini adalah piramid makanan . Semakin tinggi aras piramid semakin sederhana dan sedikit lah pengambilan makanan yang perlu kita ambil untuk menjamin kesihatan tubuh.
Tips mudah untuk kurus yang pertama sekali kita perlu kurangkan minuman bergas atau bergula ini kerana pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan berat badan seseorang dan menyebabkan obesiti .
Kurangkan juga makan makanan proses seperti sosej dan produk daging sejuk beku kerana makanan ini mengandungi lemak tepu yang tinggi.Lemak tepu inilah yang menyebabkan kadar kolesterol kita tinggi dan menyebabkan obesiti serta pelbagai penyakit-penyakit lain .
Katakanlah teringin sangat nak makan burger tepi jalan tu .Boleh makan tapi ...
“Cukuplah sekadar makan 2 kali dalam setahun sahaja”- cikjoyy
Selain itu,elakkan kebiasaan memakan makanan ringan atau makanan segera seperti Maggi,Pizza,makanan bergoreng dan lain-lain. Tak perlulah sedih berpanjangan kalau tak dapat makan makanan ni sebabnya kita boleh gantikan dengan sayuran ataupun buah-buahan yang lazat dan lebih bergizi. Buah-buahan mengandungi mineral dan vitamin yang mana baik untuk tubuh .
“Saya sarankan makan 9 jenis buah ini iaitu Epal,Betik,Kiwi,Pear,Tembikai,Melon,Lemon,Nenas dan Strawberi”
Namun kalau tidak mampu cukup sekadar makan 4 biji buah epal pun tidak mengapa .Pastikan juga pengambilan buah tidak melebihi daripada portion/ kalori tubuh kita.
Mengikut artikel dan kajian yang saya baca kesemua buah diatas adalah agen baik untuk menurukan berat badan .
![]() |
Gambar cantik ini saya ambil dari majalah sains |
Epal - mengandungi serat dan vitamin A,B dan C .
Betik- melancarkan pencernaan di mana ia menghalang daripada pengumpulan makanan sehingga menjadi lemak.
Kiwi - kaya vitamin C yang dapat membantu proses pembakaran lemak di tubuh dan mampu mengawal nafsu makan .
Pear - Mengandungi serat yang tinggi dan mengenyahkan.Pear juga mampu meningkatkan metabolisma serta menurunkan kadar kolesterol kerana kaya dengan potassium.
Tembikai&Melon - kandungan air dalam tembikai adalah banyak dan mampu membuatkan kita berasa kenyang dan tidak mudah lapar.Malah melancarkan proses pencernaan juga.
Lemon- lemon boleh dijadikan minuman detox untuk tubuh.
“Caranya ambil perahan jus lemon dicampur madu dan segelas air suam sebanyak 3 kali sehari”
lemon dapat menyingkirkan lemak dengan cepat dalam tubuh
Nenas - Nanas bebas kolesterol dan lemak. Selain itu, nanas kaya dengan antioksidan, mineral, vitamin, serat, dan lain-lain khasiat. Jika perut terasa lapar di luar waktu makan, boleh makan nanas kerana ia membuatkan perut cepat kenyang memandangkan kandungannya terdiri daripada 85 peratus air.
Strawberi - meningkatkan proses pembakaran lemak.
Selain pengambilan buah-buatan Tips mudah untuk kurus adalah dengan bersenam.Ambillah masa sekurang-kurangnya 30minit sehari untuk melakukan senaman. Antara senaman yang saya sendiri lakukan walaupun hanya di rumah sahaja ialah 80 squat .
“Buatlah squat ini pada waktu pagi atau petang”- cikjoyy
![]() |
Maaf buruk tak sengaja |
1-Squat yang pertama kangkangkan kaki 90 degree kemudian luruskan menjadi bentuk “v” dan ulang sehingga 20kali
2-Squat kaki kanan dihadapan dan kaki kiri di belakang seperti dalam gambar di atas dan ulang 20 kali.
3-Squat bend on chair ni paling mudah.ambil kerusi dan duduk lalu berdiri .Ulang juga 20 kali
4- Squat ruku’ 90 degree.Ulang 20 kali juga.
Squat ni sebenarnya untuk mengecilkan peha dan menguatkan otot bahagian bawah badan kita.
Sedikit penambahan saya amalkan makan nasi satu penumbuk tangan sahaja 😇😊.
Ok itu sahaja tips mudah untuk kurus dari cikjoyy.Eh sekejap saya ada juga menonton video mengenai
Tips Turunkan Berat Badan dengan “water fasting” selama 14 hari atau 2minggu cumanya saya tidak yakin nak buat.
“Kalau nak buat juga saya sarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu ”.
Biasanya doktor akan buat full medical checkup untuk body kita.
“Water fasting” kita hanya minum air sahaja tanpa makan.Diet air ni agak tough juga kalau nak ikutkan.
Yang mana dah pernah buat tu ,syabas lah sebab saya pun tak pernah buat.
Okay sekian sahaja perkongsian saya kalini .Semoga mendapat manfaatnya.Sayangi perut dan tubuh anda.
Comments
Post a Comment