Tempoyak pucuk ubi dengan petai

Tempoyak Pucuk Ubi dengan Petai

RESIPI | Kalini ni saya nak share hidangan unik yang berasal dari Negeri Sembilan iaitu Tempoyak pucuk ubi dengan petai . Hidangan ni memang famous suatu ketika dulu dan menjadi hidangan biasa bagi orang dulu-dulu. Kebiasaannya mak- mak akan masak hidangan tempoyak pucuk ubi ni jika kehabisan lauk . 

Orang tua-tua dulu mencari daun-daun yang boleh dimakan di sekitar kawasan rumah .Antara daun-daun yang boleh dibuat tempoyak ialah daun pucuk kaduk,daun pucuk ubi,daun pucuk mangun,daun pucuk keladi,daun pucuk cemperai,daun pucuk lidah kerbau dan lain-lain lagi .

Nak tahu cara pembuatannya? jum saya share resipi tempoyak pucuk ubi dan petai yang sedap ni :) 


BAHAN - BAHAN :-

  • Pucuk ubi
  • Petai
  • Tempoyak
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Cili padi
  • Santan
  • Serbuk kunyit/kunyit hidup
  • Garam
  • Ikan bilis 

CARA MEMASAK :- 

  1. Racik halus pucuk ubi yg telah dibilas dengan air bersih dan asingkan ke dalam bekas.
  2. Kisarkan cili padi, serbuk kunyit, ikan bilis bersama sedikit air.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Masukkan tempoyak ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  5. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau.
  6. Tambahkan serai, serbuk kunyit dan petai.
  7. Masukkan santan dan pucuk ubi yang dicelur.
  8. Masukkan  garam secukupnya.
  9. Kacau rata dan masak hingga pucuk ubi bertukar lembut.
  10. Tempoyak Pucuk ubi dan petai siap untuk dimakan :)



    Nampak sedap dan lazatkan ? Jum berperang di dapur .Masakan ni sebenarnya mudah hanya cara penyediannya sahaja lama sedikit .Sebabnya perlu meracik halus pucuk ubi tersebut .
                            SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts