Cara buat Shellout sendiri di rumah

Cara Buat Shell out di Rumah senang jerr!

Shellout yang saya plating huhu

RESEPI | Hi assalamualaikum semua ! Post kalini saya nak kongsikan mengenai hidangan seafood iaitu shellout .

Orang kata kalau nak makan shellout jer kena pergi kedai makan atau restoran kan ? Haa kalini kita boleh makan shellout dekat rumah je ! Portion untuk makan pun lagi best kan? Tak payah catu mcm dekat kedai .suka hati nak makan banyak mana 😲😋 huhu.Tapi kalau macam saya makan cukuplah sekadar sekali tambah . 

Masa-masa terluang ni saya dengan umi buat shellout kat rumah ! Plastik putih untuk makan pun kami beli .Kami buat sebiji macam dekat kedai atau restoran shellout tau ! Ok tanpa berlengah jum saya belanja video kami masak dan juga cara-caranya !





BAHAN- BAHAN :-


Bahan kisar

• bawang merah kecik 10 biji nk lebih pun ble

• bawang putih 6 ulas

• halia 1/2 inci 

•cili kering ( dua senduk )

Bahan hirisan

• 1 biji bawang holand

• 2 biji cili merah potong memanjang 

• 2 biji buah tomato

• cili padi ikut suka bnyak mana nak

• 2 batang serai ketuk je

Bahan tambahan:

•serbuk cili 2 sudu makan

•serbuk kari 2 sudu makan

•sos tiram,sos cili,sos tomato,sos plum 3 rasa dan sos lada hitam


CARA-CARA MEMASAK :-


1-Tumis bahan kisar masukan serai sekali sampai naik bau 

2-Masukkan cili serbuk dua sudu , serbuk kari dua sudu pakai sudu besar 

3- Masukkan sos cili,sos tiram,sos lada hitam,sos plum tiga rasa dan sos tomato .

4- Kacau sampai garing baru masukan udang,kupang,kerang,jagung,sotong,sosej dan kacang buncis (pastikan semua bahan dah direbus awal)

5- Kacau sampai mesra masukan air sikit atau air kukusan seafood kemudian masukan bahan hirisan kacau sampai sebati dan dah siap .

Shellout ni sedap tau ! Makan bersama family lagi best 


      SELAMAT MENCUBA !


Comments

Popular Posts