Cara Mudah Tulis Seni Khat pada Kanvas

Cara Mudah Tulis Seni Khat pada Kanvas 


Arts | Topik blog saya kalini mengenai arts atau seni . Seni khat merupakan seni kreatif melalui tulisan arab atau jawi . Kebiasaannya seni khat dapat dilihat pada dinding-dinding Masjid yang ada di sekitar Malaysia ini.Semasa belajar dulu saya ada ambil kursus singkat tulisan khat dan sekarang saya hanya belajar dari YouTube  dan media sosial yang lain.


Untuk pengetahuan semua ,tulisan khat terbahagi kepada banyak jenis antaranya ialah khat thuluth ,khat nasakh , khat kufi , khat diwani , khat riqah dan lain-lain lagi.


Untuk “feed posting” bagi jenis khat yang saya akan gunakan adalah khat thuluth & khat nasakh. Saya buat arts atau seni ini hanyalah sekadar suka-suka . Jikalau anda berminat nak tempah custom khat canvas yang saya hasilkan boleh direct message saya di sini (klik sini)


Apa yang mempengaruhi minda saya untuk menghasilkan sesuatu karya seni khat adalah disebabkan minat . Disini saya akan kongsi bagaimana saya hasilkan karya seni khat pada canvas yang simple tetapi cantik . Hasil seni yang telah siap boleh dipamer atau digantung di bilik anda .


Anda perlu sediakan alatan untuk painting  seperti  brush and plate,acrylic,waterproof spray,pencil,ruler and eraser,tracepaper or A4 paper and also canvas .

Alatan painting anda boleh dapatkan di bookstore seperti popular atau onlineshop atau bookstore yang berdekatan dengan lokasi anda.

Langkah pertama saya buat adalah design tulisan.
Lakarkan tulisan khat pada canvas terlebih dahulu (Kalau anda tak berapa mahir , boleh sahaja design pada kertas A4 dan tekapkan pada canvas )


Contoh saya design nama di atas kertas

Kemudian, warnakan background canvas Warnakan dengan acrylic.Pastikan warna yang digunakan cerah supaya design tulisan khat mudah untuk diwarnakan nanti .(kalau nak warna gelap pun boleh cuma agak sukar bagi yang kurang mahir dalam tulisan khat )
Saya dah siap design tulisan khat nasakh dan siap warnakan background

Ini bagi background gelap . Saya design tulisan selepas warnakan background .


Langkah seterusnya adalah mewarnakan tulisan khat . Pastikan anda menggunakan brush yang sesuai dengan saiz tulisan khat .Hati-hati tau ! 


Mewarna tulisan menggunakan acrylic and brush

Selesai mewarna anda perlu keringkan canvas  di bawah sinaran matahari . Jika sudah kering ,spray canvas menggunakan waterproof spray .(saya dapatkan waterproof spray di shopee) 
*Anda boleh search di shopee sebab mudah untuk ditemukan*

Canvas

Maka siaplah dan terhasil lah sebuah karya seni. Anda boleh gantung canvas pada dinding. Gunakan paku yang sesuai dan gantung canvas anda .


Sumber photo dari galerikhatckj(klik sini)

Siap dah

Saya attach video dari YouTube untuk tontonan semua dibawah ni :-




Mudah sahaja kan? Selain daripada seni khat anda boleh hasilkan corak bunga atau kartun pada canvas . Apa yang penting anda perlu ada minat dan bakat serta usaha untuk melukis .



         Selamat berkarya dan selamat mencuba !




Comments

Popular Posts