Cara buat Spaghetti carbonara mushroom prego

Spaghetti carbonara mushroom (prego) yang confirm sedap

Yummy ! 


RESIPI | Tajuk post saya agak kebaratan huhu ~ | Fyi Spaghetti asalnya dari Itali , akan tetapi makanan ini telah dipopularkan di serata dunia salah satunya di negara kita, Malaysia. Rasanya yang creamy,unik dan sedap telah dapat menawan hati rakyat Malaysia termasuklah saya . 


Sebenarnya kuah spaghetti carbonara yang asli hanyalah menggunakan   telur dan parmesan cheese yang diparut sahaja . Kalau nak tambah sedap ,letaklah beef stripes sebagai topping .
Saya bagi korang tengok video dari Khairul Aming ni...
(Peminat KhairulAming munculkan diri anda)

Baiklahh cukuplah pasal Khairul Aming saya nak kongsikan cara saya masak pula ye .Ajummm tengok saya masak .

Bahan-bahan :-

•Spaghetti (angela hair)

•Prego Carbonara Mushrooms

•Susu sejat (saya guna carnation)

3 batang sosej ayam dihiris serong ,

• Udang ,cendawan shitake

•1 labu bawang holland 

•lada sula


Cara-cara memasak :- 


1- Masukkan 2 sudu kecil garam kedalam air untuk rebus Spaghetti dan rebus Spaghetti sehingga masak.

2- Tumiskan bawang holland yang telah dipotong dadu.

3-Masukkan sosej ayam dan cendawan shitake .

4-Masukkan sos prego carbonara mushroom .

5-Masukkan setengah cawan susu sejat carnation.

6-Masukkan garam dan lada sula secukupnya . Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidang.

Saya sertakan video dibawah ,silakan tonton :)

Sedap kan ?

P/s:-Saya sarankan makan panas-panas untuk elak rasa cepat muak ,almaklumlah tekak Melayu cicah sambal kan. 

Comments

Popular Posts