4 Game Running Man Yang Best

Post kalini saya nak kongsikan satu program rancangan tv yang menarik yang patut korang tengok iaitu ..RUNNING MAN ..


GAMES | Running man ni sebenarnya dah debut pada tahun 2010 dan menjadi salah satu “korean variety show” yang paling popular di Korea Selatan mahupun di peringkat internasional . Siapa yang tak pernah tengok rancangan ni memang rugilah sebab apa? 


Sebabnya rancangan ni memang sesuai untuk semua golongan tak kira muda mahupun tua .Pelbagai jenis “Game Show ”yang menarik dan tentunya membuatkan korang tak kering gusilah melihat gelagat para pemain dalam running man ni.

Antara casting-casting nya ialah Yoo Jae Suk(host utama) ,Ji Suk Jin,Kim Jong Kook,Lee Kwang Soo ,Song Ji Hyo,Yang Se Chan, Jeon So Min, dan former member pula Kang Gary,Song Jong Ki dan Lizzy.

“Game Show” yang paling saya suka dan korang boleh juga bermain bersama kawan-kawan or family adalah “Call My Name” .Game ni ada pada episode 465

Syarat game ni senang ja .Korang perlu teka apa yang tertulis pada dahi korang . Contoh kalau  atas dahi korang ialah polis .Korang perlu tanya pihak lawan hint-hint pada pihak lawan korang contohnya , saya selalu pakai baju apa ? Pihak lawan korang pula kena  bagi pembayang mengenainya .

Ok jum tengok video kat bawah ni best tau game ni :-


ada lagi tau game yang menarik yang boleh korang main iaitu “3 answering game” 

Dalam game ni korang perlu sebutkan tiga jawapan dengan cepat . Contohnya pihak lawan suruh sebutkan 3 artis perempuan yang korang suka . So kita perlu jawab soalan itu dengan cepat dan tanpa tergagap kalau tidak , dikira kalah . Jum tengok video kat bawah ni 😍


Ok ada lagi tau game Running man yang best. Game ni korang perlu ada makanan ! Yang paling penting makanan. Nama game ni ialah “Food Bingo” 

Korang mesti ada 30 jenis makanan berlainan .Minuman pun boleh tau .siapa yang suka makan tu mesti suka game ni .ok ,game ni macam korang main bingo nombor just korang tukar nombor tu kepada makanan .Siapa yang habis dan dapat selesaikan Bingo dia menang ! Jum tengok video kat bawah ni :-


Game yang last saya nak share adalah game “drawing quiz” 

Mula-mula producer perlu beri satu idea untuk kita lukis apa .Contoh lukis Doraemon . Pihak lawan perlu teka kita lukis apa . Kalau kita jawab betul maka ada markah. Kita perlu main permainan ni dalam tempoh masa yang ditetapkan kalau habis masa tu dah dikira tamat ..haa . Jum tengok permainan ni :-




Hmmm best tak game Running man ni? Best kan . So kalau nak suruh saya share kan lagi game-game yg best yang boleh korang main nak-nak musim Covid-19 ni  bolehlah korang baca blog saya ni :)











Comments

Popular Posts