Sambal Telur Puyuh

Sambal Telur Puyuh Padu

RESEPI | Haiii readers, kalini saya nak share resipi sambal telur puyuh . Resipi ni sangat mudah dan simple jer! 

FYI masakan melayu kita ni memang tak akan lari dengan namanya sambal.Kalau di kedai-kedai makan atau warung dan sebagainya mesti ada lauk sambal,tengok sahajalah makanan tradisional kita iaitu nasi lemak . 

Sambal boleh diolah dalam pelbagai jenis antaranya adalah sambal goreng ,sambal udang dan salah satu menu sambal yang saya nak share adalah sambal telur  puyuh. Haaa korang Jangan tak tau kuih-muih pun ada tau inti sambal πŸ˜²πŸ‘πŸ»,nanti search ok πŸ‘Œ  .Ok jomlah masak sambal telur puyuh :)


Telur puyuh ni makan rebus-rebus macam ni pun sedap tau πŸ˜‹πŸ˜²



BAHAN-BAHAN :-

β€’ Telur Puyuh 

β€’ Cili kering yang telah diblend halus.(cili boh)

β€’ Air asam Jawa 

β€’ Bawang merah /Bawang putih

β€’ Garam & gula secukupnya

β€’ Sos tiram (1tbsp)


CARA-CARA MEMASAK :-

1-Rebuskan telur puyuh sehingga air mendidih .

2-Kupas telur dan goreng dengan minyak,setelah matang ketepikan.

3-Blend halus 2 bawang merah (saiz sederhana)dan bawang putih (3ulas) dengan sedikit air.

4-Tumiskan bawang tadi dan masukkan 3 sudu besar cili boh kedalam kuali.

5-Masukkan air asam jawa dan sos tiram (1tbsp) ,kacau sehingga sebati.

6-Biarkan sambal pecah minyak ,masukkan gula dan garam secukupnya .

7-Masukkan telur puyuh kedalam sambal dan kacau sehingga rata/sebati .

8-Sambal telur puyuh siap .

Sedapnya sambal telur puyuh ni lagi-lagi dengan nasi putih 

P/s: Saya letak terung yang telah digoreng kat dalam sambal ni hehe πŸ˜‰ 


Note :  nak bagi sambal cantik masak sambal lama sedikit atau letakkan gula melaka . Warna sambal akan jadi lebih pekat ;) 


                        SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts