5 Khasiat Buah Mangga Yang perlu korang tahu

 

Buah mangga


5 Khasiat Buah Mangga yang Menarik dan Perlu Korang Tahu .


INFO MENARIK | Semangnya semua buah ada khasiatnya.Kalini saya nak kongsikan info menarik tentang 5 khasiat buah mangga yang menarik .Alang-alang saya tengah makan mangga ni saya bolehlah kongsikan khasiat buah mangga ni. Selain kaya dengan vitamin C buah mangga juga berkhasiat untuk kesihatan kulit,jantung dan lain-lain.

Buah mangga ni ada yang dipanggil sebagai buah pelam atau mempelam dan ada juga yang panggil buah pauh .

Cara hidangan buah mangga ada berbagai tau.Sebagai contoh pulut mangga, kerabu mangga , jus mangga ,ais krim mangga dan banyak lagi.

Berikut adalah 5 Khasiat buah mangga yang menarik :-

1- Banyak kandungan nutrien

Dalam buah mangga ada banyak nutrien seperti Air,tenaga,protein,lemak,Karbohidrat,serat,gula,vitaminc,kalsium,magnesium,kalium dan Folat.

Selain itu buah mangga ada vitamin B,A,E dan K.

2-Baik untuk Jantung.

Kandungan magnesium dan kalium  dalam mangga membantu mengekalkan dengutan jantung yg sihat ,mengendurkan saluran darah dan dapat merendahkan tekanan darah.

3-Baik untuk sistem pencernaan

Kandungan serat dan air dalam mangga dapat membantu masalah penghadaman seperti sembelit dan diarhea (cirit-birit).

Selain itu buah mangga mengandungi enzim amilase yang mana dapat membantu menukarkan karbohidrat kepada gula seperti glukosa dan maltosa.

Enzim amilase yang bertindak sebagai enzim penghadaman dapat menguraikan molekul makanan yang besar kepada kecil. Secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan sistem pencernaan/penghadaman.

FYI enzim ini lebih aktif dalam mangga yang masak berbanding yang kurang masak.

4-Baik untuk mata

Mangga ada dua antioksida iaitu lutein dan zeaxantin .

Kedua-dua antioksida ni akan berkumpul pada retina dan makula mata.Antioksida ini lah yang dapat me lindungi  mata daripada katarak dan degenerasi makula berkaitan usia. Boleh tengok lebih lanjut dekat sini ya 

Vitamin A dalam mangga meningkatkan lagi kesihatan mata . Kalau kurang Vitamin A boleh menyebabkan rabun malam.

5-Baik untuk kulit dan rambut.

Vitamin C dalam buah mangga dapat menghasilkan kolagen .Kolagen ini merupakan protein yang memberikan  struktur kepada rambut dan kulit. Kolagen yg mencukupi dapat melambatkan kedutan dan lendutan pada kulit.

Vitamin E dalam buah mangga dapat melindungi kulit drpd sinaran matahari yg berbahaya dan beberapa masalah kulit yg lain.

Dah baca kan khasiat buah mangga ni? Menarik bukan?.Lepasni bolehlah consume buah mangga tau. Bukan setakat sedap tetapi banyak khasiat yang boleh kita dpt drpd mengkonsumsi buah mangga.Korang boleh jadikan hidangan buah mangga ni sebagai hidangan pencuci mulut atau snek pilihan wajib korang. 

Buah mangga ni saya simpan dalam peti ais  sebab rasa buah dia lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk.

Buah mangga




Comments

Popular Posts