Cara Buat Tudung Bawal Sendiri
Cara Buat Tudung Bawal Sendiri.
DIY | Buat tudung bawal sendiri ? Wah menarik bukan? Selalunya kita beli tudung di kedai atau butik kan. Tapi kalini kita boleh hasilkan sendiri tudung bawal . Caranya sangat mudah . Korang hanya perlukan kain , kapur jahit , gunting dan mesin jahit sahaja . Kalau tiada mesin jahit macam mana sis? Haaa jawapan dia mudah hantar pada kedai jahit selepas siap potong .
Anggaran kos jahit tepi di kedai biasanya RM4.00 hingga RM5.00 sahaja.
p/s :Btw korang boleh dapatkan tudung rekaan yang saya hasilkan sendiri di link ni (sila klik)
Pertama sekali korang perlukan kain . Untuk hasilkan tudung bawal yang selesa guna kain jenis sakura , koshibu,cotton,chiffon atau pilihan korang sendiri.
Untuk buat tudung bidang 45” pastikan beli kain bidang 45” juga . Ukuran untuk tudung bawal bidang 45” adalah 1.1 meter x 1.1 meter .
Mula-mula korang perlu lipat dua kain membentuk tiga segi yang sama seperti di bawah ini :-
![]() |
Setiap penjuru atau bucu perlu disamakan . |
Jahit kan pada setiap tepi kain menggunakan mesin overlock (mesin jahit tepi halus) atau jahit babyseam
Contoh Jahit Overlock (jahit tepi halus)
Contoh Jahit Babyseam (jahit kelim biasa)
Ok tudung pun sudah siap . Contoh model saya tunjukkan dibawah ni :-
By the way boleh klik sini untuk dapatkan tudung ni ok
https://linktr.ee/SyeescarfbySA
Tudung bawal yang saya sendiri hasilkan |
Ok itu sahaja perkongsian dari saya semoga bermanfaat !
Comments
Post a Comment