Deco Bilik Cara Jimat dengan Vinyl floor viral

Deco Bilik Cara Jimat dengan Vinyl Floor Viral 

    DIY | Haritu saya adalah tengok YouTube pasal deco bilik cara jimat tapi nampak moden .Saya search satu demi satu video akhirnya saya jumpa video pasal vinyl floor .Vinyl floor ni elastik dan belakang dia ada gam .Bila kita pasang just tanggalkan paper tu dan tampal sahaja pada lantai .Sangat mudah .

 Vinyl floor ni saya beli dekat kedai RM2.10 . Satu papan tu RM2.10 murah kan :) Saya beli dalam 72keping (RM151.20) macam tu untuk satu bilik .

Untuk pilihan warna saya pilih warna hitam :) Dia hanya ada 3 warna (coklat,silver dan hitam) dan corak wood jadinya saya pilih hitam untuk matching dengan semua .

 Oklah jum saya ajar cara  untuk pasang vinyl floor 


1- Sediakan alatan seperti gunting atau pisau ,pembaris 
pengetuk getah ,pemadam dan pensil
 
2- Tanggalkan kertas pada belakang Vinyl floor dan tampalkan pada lantai secara kemas . Dan buat secara berperingkat.

3-Ketuk vinyl floor menggunakan pengetuk getah supaya lebih tahan dan tidak mudah tanggal .

4-Potong vinyl floor dengan gunting jika tempat nak ditampal tidak sesuai dengan ukuran vinyl floor.

Dekat sini saya akan attach video cara saya install vinyl floor . Silakan tengok video di bawah ni ya .




Ni hasil setelah siap keseluruhan pemasangan vinyl floor.

Saya pasang vinyl floor seorang saja . Saya tak pasti berapa jam pasang tapi dari tengahari sampailah jam 6 petang barulah siap .

Walaupun penat tapi puas hati sebab hasilnya cantik .So bolehlah guling-guling dekat lantai baru huhuhuhu .

Ok byebye -



Comments

Popular Posts