Perkara Yang Membolehkan Otak Kita Jadi Berkembang Dan Cergas

 Hi assalamualaikum Readers | 

Bersama Saya  Segmen Pembelajaran Bulan ini 

Harini saya ingin berkongsi tentang topik pembelajaran mengenai bagaimana cara untuk membolehkan otak kita berkembang dan menjadi cergas.

gambar dari microsoft bing & google


1.) Membaca Buku Berilmiah 

Antara Langkah pertama yang anda semua boleh lakukan adalah dengan  membaca buku-buku berilmiah. Sebagai contoh, buku yang ditulis oleh Iman Daniel bertajuk Aku Mahu Membaca 1000 tahun lagi! 

Dalam petikan buku ini membuktikan bahawa membaca mempunyai kehebatan luar biasa . Contoh yang boleh dilihat nama-nama seperti Tun Dr Mahathir Muhammad,Pendeta Zaaba,Prof Diraja Ungku Abdul Aziz,A Samad Said dan ramai lagi. 

Tokoh-tokoh ini dikenali sebagai Pencinta Buku.Dan membuktikan Bahawa membaca buku dapat mengubah pembaca menjadi orang berintelek,berpengaruh dan dihormati. Dihormati bukan keran nama dan pangkat tetapi kerana ilmu di dada. 

Dengan ini membaca dapat memberi banyak manfaat dan membuatkan otak kita rajin berfikir dan tidak malas.

2.) Gaya Hidup dan Kesihatan

Gambar dari microsof bing & google

Menurut Dr Suryakhatun dalam bukunya bertajuk sihat bukan sekadar ubat Bab 11 untuk perkembangan otak,usus,badan dan tubuh sihat melauli pemakanan dan gaya hidup.

Kurangkan gula . Jangan maka gula. Bukannya cut off semua gula sebab gula juga bagi tenaga untuk tubuh. Cuma kurangkan kadar pengambilan dan ambil mengikut kadar yang ditentukan.Kurangkan dan elak makan makanan yang ada bahan pengawet atau pewarna tambahan. Bahkan makan makan semula jadi kerana makanan semula jadi lebih baik tanpa toksin dan rampai / racun serangga.

Makan makanan seimbang dan pentingnya minum air banyak.Kerana air mengandungi oksigen yang dibawa dalam darah dan akan dipam keseluruh tubuh badan sehingga otak bahagian paling atas . Membuatkan kita menjadi cergas sihat bertenaga insha Allah.

gambar dari microsoft bing


3.)  Ikuti info-info perkembangan semasa

Kita boleh dapatkan info dan maklumat semasa melalui media sosial .Seperti info-info pertumbuhan ekonomi semasa ,info cuaca,info dunia semasa dan sebagainya.Pastikan juga info=info ni adalah benar tepat dan sohih serta mempunyai kajian terperinci.Jangan mudah terpedaya dngan kajian yang tidak berasas.Betul ke ni,kena buat research dulu contoh macam dalam tetlefon bimbit selalu sangat dapat mesej tentang penyebaran berita palsu mengenai covid19 tak betul.jgn dapatkan maklumat salah,kalau injection dapat sekian2 masalah.Atau kena vaksin berbayar.tidak ada vaksin berbayar ,pergi di pusat vaksin yang betul.Atau selain dari itu bnyk juga scammer yang menyebarkan maklumat palsu dan menipu orang awam dengan mengambil/mencuri maklumat/identiti kita di internet dan menggunakan identiti untuk tujuan penipuan wang.contoh selalu dapat di telegram/whatssapp menyamar sebagai kenalan dan berpura-pura menukar nombor baru dan meminta duit untuk tujuan penipuan.SEMOGA KITA SEMUA TIDAK TERPEDAYA DARI TIPU HELAH MEREKA INI.

Kesimpulannya semakin banyak kita buat perkara yang bermanfaat seperti yang saya tulis di atas semakin banyak yang kita tahu .Lagi banyak benda yang kita nak tahu lagi banyak benda yang kita dapat tahu ibarat jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak lagi yang kita boleh dapat selain dari 3 perkara di atas.Rajinkan diri untuk selalu menimba ilmu dan sebagainya semoga perkongsian kali ini bermanfaat salah dan silap say minta ampun dan assalamualaikum.

Comments

Popular Posts