Khasiat Kurma dan penyelidikan saintifik

Kurma 

Penyelidikan dan penemuan saintifik tentang Kurma 

Hi Assalamualaikum Readers ! | 

Harini sy nak share mengenai Kurma. Nama saintifik Kurma adalah Phonez dactylifera.

Kurma merupakan buah yang istemewa dalam Islam.Menurut kajian sains kurma merupakan buah yang berkhasiat dan kandungan gulanya sangat cepat meresap kedalam tubuh dan ia membekal akan tenaga yang cepat ke tubuh.

Kurma juga merupakan makanan kesukaan dan menjadi hidangan harian Nabi Muhammad SAW.

Jika Ramadhan menjelang kurma menjadi salah satu juadah wajib bagi pembuka selera.

Menurut Riwayat At-tarmizi :

“Jika kamu berbuka puasa maka sebaiknya berbuka dengan kurma kerana buah kurma itu berkat.Jika tidak maka sebaiknya berbuka dengan air kerana air menyucikan”

Saidina Ali berkata:

"Barangsiapa yang memakan tujuh butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman dalam badannya"

PENYELIDIKAN&PENEMUAN SAINTIFIK



•kaya dengan kalium dan dapat mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

•Denyutan jantung menjadi teratur dan darah menjadi stabil

•Mengandungi nutrien yang seimbang,karbohidrat yang membekalkan tenaga yang tinggi, paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga

•Mineral diperlukan untuk pembentukan enzim bagi proses utama badan & magnesium untukmelambatkan penuaan.

•Kandungan serat adalah pencuci, perut untuk mencegah sembelit dan gangguan pencernaan

•Kandungan gula mudah dicerna, glukosa adalah komponen untuk keperluan,tenaga tubuh manusia

•Fruktosa dan selulosa diperlukan untuk gerakan usus

•Fosfor diperlukan untuk menghantar nutrisi ke tempurung otak

•Vitamin A, B1 dan B2 diperlukan untuk asimilasi makanan dan penenang saraf

•Potasium, kalsium dan zat besi menyihatkan sel darahmerah & mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis

Dalam hadith lain,Nabi bersabda: 

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan  kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

Buah kurma juga adalah salah satu bentuk ikhtiar untuk kita kekal sihat sepanjang zaman.Semoga perkongsian kalini di blog saya memberi manfaat bersama . Insha Allah. 

Sumber Saintifik : ACIS Uitm 

Comments

Popular Posts