TEKNOLOGI KESULTANAN MELAYU MELAKA

 


MEMBONGKAR KEAGUNGANNYA BERDASARKAN CATATAN PORTUGIS :



KESULTANAN Melayu Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya.Pedagang - pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagang di Melaka. Maka , selain dari memiliki teknologinya tersendiri , Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing seperti peradaban Islam (Arab,Parsi,India dan Turki) dari barat serta peradaban China dan Jepun dari Timur.

Ini menyebabkan Melaka tidak ketinggalan dari segi sains dan teknologi dari tamadun-tamadun luar yang sezaman dengannya.Malangnya sebahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melayu Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi.

Malah yang lebih malang lagi,ada yang beranggapan bahawa kewujudan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-mata.Ini disebabkan kesan semua peninggalan Kesultanan Melayu Melaka dimusnahkan oleh Portugis tahun 1511.

Namun kebenaran sememangnya tidak dapat disembunyikan,berdasarkan catatan-catatan sejarawan Portugis sendiri,Kesultanan Melayu Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan.Oleh itu buku ini menyajikan tentang teknologi dan peradaban yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan Portugis.


JOM BACA BUKU INI :-



Comments

Popular Posts