Kucing Beranak Caesar
Kos Pembedahan Kucing Beranak Di Klinik Swasta
Hi assalamualaikum readers |
Ada Tak korang punya kucing tu susah nak beranak? Atau tak pandai beranak ? Ha, kat sini syera share kos pembedahan seekor kucing betina yang nak melahirkan baby cat.
Syera saja nak share dekat blog sbb haritu kucing Syera a.k.a cik teh ada masalah untuk beranak normal . Jadi terpaksalah Caesar di Klinik Veterinar swasta.
Klinik yang Syera pergi ni nama dia adalah FA Veterinary Clinic . Dr. Yang incharge jaga kucing syera ni ialah Dr Syafiqah. Sangat baik dan cekap dalam kerjanya.
Syera cerita kan sedikit mcm mn Syera dpt tau yang Cik Teh Tak boleh beranak normal .
Pertamanya Cik Teh start bising .
Masa tu memang tau dia nak beranak , so umi kata biarkan dia ,dia tau nak beranak sendiri. Memang dia cari tempat Untuk beranak.That time dia punya anu dah berdarah . Syera blur juga masa tu.
Masa tu pulak nak kena pergi Pahang. Sebab nak hantar my abang kat sana.Ada urusan di sana. Kami ni pun berangkat ke Pahang meninggalkan Cik Teh.
Balik daripada Pahang, cari Cik Teh sbb Tak jumpa dia. Nampak dia dah x bermaya kat luar rumah. Mungkin dia Tak boleh teran. So masa tu juga pergi cari klinik berdekatan. Kebetulan Klinik FA veterinar ni kawan adik kerja disitu.
Bawa Cik Teh dan Cik Teh terus warded. So Untuk deposit 💵 cik Teh adalah RM200.00.
Semasa Konsultasi dengan Dr. Syafiqah.Dr beritahu bahawa Cik Teh berkemungkinan ada peluang 50/50 Untuk hidup ataupun mati.Kerana keadaan Cik Teh sangat Lemah dan kurang air. Risau juga dengar , Apapun aku tekad sign setuju dan hulur deposit. Semoga Cik Teh baik-baik sahaja.
Untuk Total Kos Semua💵
•Consulting
•Caesar
•Mandul
•Bius,Iv drip
and a few medicine cream plus stitching semua dalam RM389.00
Syera share pulak gambar dan video pembedahan cik teh. Syera tak berani pada awalnya nak tengok tapi bila cik teh dah sembuh barulah syera tgk .
Ini Pulak Video yang Dr. Syafiqah Share . Semua gambar ni Dr share di wassap Adik syera .
Ni Gambar Perut Cik Teh selepas Caesar and Potong Benang . Dia sihat sepenuhnya .
So, korang mcm mana pulak ? Ada ke kucing korang tak boleh nak beranak normal? Kalau x de alhamdulillah kalau ada cepat-cepat pergi klinik.Jgn kadi mcm Syera . Tak sempat selamatkan baby cat. Apa-pun syukur kerana Cik Teh sihat kembali.







Comments
Post a Comment