Cara Hilangkan Kahak Dengan Berkesan


CARA HILANGKAN KAHAK DENGAN BERKESAN

Hi assalamualaikum readers , untuk perkongsian di blog kalini nak share sedikit petua bagi korang yang ada masalah kahak.

Sy dapat petua ni dari beberapa laman blog yang lain.  search pun sebab lately,Sy alami gatal-gatal tekak,selsema dan masalah kahak/lendir pada tenggorokan.Alhamdulillah petua ni sangat berkesan dan sy nak korang pun ikut tau petua ni.

Cara hilangkan kahak dengan berkesan

1. Minum lebih banyak air

Jika korang mempunyai masalah kahak, cuba minum lebih banyak air untuk kurangkan masalah ini. Kemudian, kurangkan minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti teh, kopi dan alkohol.

Tetapi, berapa banyak air yang perlu korang minum setiap hari? Sebagai panduan, minum air sehingga urin korang menjadi jernih. Jika air kencing berwarna kuning pekat, kurangkan minuman bergula dan tambah lebih banyak air masak dalam diet korang.

2. Gunakan pelembap udara

Pelembap udara atau humidifier dapat membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan penghasilan kahak.

Cuba korang beli pelembap udara yang mempunyai fungsi penyejuk. Jangan lupa, cuci penapis pelembap udara anda dengan kerap supaya ia tidak akan membuatkan masalah kahak anda menjadi lebih serius!

3. Berkumur dengan air garam

Cuba kumur dengan air garam untuk mengurangkan masalah tekak gatal. Tambahkan 1 sudu air garam dalam 1 sudu gelas air suam. Kemudian, kumur seperti biasa.

4. Cara hilangkan kahak | Makan ubat-ubatan dari farmasi

Ada banyak ubat-ubatan yang dapat mengurangkan masalah sakit tekak dan kahak yang dijual secara over-the-counter.

Jika tidak pasti ubat yang manakah bersesuaian dengan korang , tanya pada ahli farmasi yang bertugas. Diorang lebih arif.

5. Tinggikan kepala pada waktu malam

Gunakan lebih banyak bantal daripada biasa untuk tinggikan kepala dan dada ketika tidur. Ini akan memudahkan kahak daripada berkumpul di belakang tekak.

6. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan gatal

Kadang-kadang hidung korang jadi gatal disebabkan bahan-bahan yang terampai di persekitaran kita. Sebagai contoh, asap, debu dan debunga boleh menyebabkan hidung anda gatal dan tekak berkahak.

Sebagai cara hilangkan kahak, try jauhkan diri daripada bahan atau makanan yang boleh menyebabkan korang rasa gatal. Pakai pelitup muka ketika keluar rumah untuk kurangkan pendedahan terhadap alergen ini.

7. Cara hilangkan kahak |  Lakukan latihan pernafasan


Latihan pernafasan dapat membantu meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan fungsi paru-paru.

Malah, dengan melakukan latihan pernafasan, korang dapat melatih diri untuk bernafas dengan cara yang betul.

8. Dapatkan rawatan yang sewajarnya untuk merawat alahan

Jika korang mempunyai simptom yang seakan-akan alahan – gatal hidung, hidung berair, gatal mata dan kahak yang berlebihan, pastikan  berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Alahan mungkin adalah punca masalah kahak yang korang alami. Dengan rawatan dan pengambilan ubat-ubatan yang betul, korang dapat mengurangkan simptom yang dialami pada masa hadapan.

Malah, korang juga dapat menjalani hidup dengan lebih selesa dan tidur lebih lena pada waktu malam.

Adakah kahak berlebihan tanda penyakit?

Jika kahak yang dihasilkan membuatkan korang rasa tidak selesa, korang mungkin akan rasa risau kerana ia mungkin adalah tanda masalah yang lebih serius.

Namun, jika korang hanya mempunyai masalah kahak, korang tidak perlu risau kerana ia boleh sembuh dengan sendirinya.

Walau bagaimanapun, jika kahak ini berlaku dengan simptom lain seperti demam, hidung berdarah, berpeluh di waktu malam, atau menggigil, saya nasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Sama jugalah jika korang dah cuba petua diatas dan masih lagi tidak berkesan , maka korang perlulah segera buat pemeriksaan  daripada pakar kerana merekalah yang dapat menentukan penyakit sebenar yang korang alami.

Wallahualam. 

Comments

Popular Posts