Penyediaan Dokumen Temuduga Kerja Kerjaan

Penyediaan Dokumen Temuduga Kerja

                            Gambar dari google


Hi assalamualaikum semua ! |

Readers kalini kita berjumpa lagi dengan tajuk yang semestinya popular dalam kalangan pencari kerja lagi-lagi pencari kerja dalam sektor kerajaan.Saya anggap awak yang datang singgah blog saya ni mesti ada dapat panggilan temuduga bukan? 

Apa-apapun tahniah dan syabas walaupun dipanggil temuduga sahaja.Bukan apa , susah tau nak dapat panggilan temuduga kerjaan ni. Apatah lagi bekerja dengan kerajaan. 

Baiklah,apa yang paling penting korang kena baca teliti dokumen apa yg perlu dibuat salinan dan dokumen apa yang perlu dibawa semasa sesi temuduga . Sebagai contoh

PENYEDIAAN DOKUMEN

Dokumen salinan (cop pengesahan) dan asal (dalam fail sahaja)

-0) Resume bergambar

-1) IC dan Sijil Lahir (Wajib) 

-2) Sijil kelulusan persekolahan PMR/PT3/SPM/STPM

-3) Sijil/Transkrip/Diploma 

-4) Sijil kegiatan luar (original sahaja)

Macam mana nak susun dokumen ? Ok korang perlu susun dokumen mengikut turutan di atas

Pastikan juga kemas dan teratur ya.Untuk lagi nampak kemas buat partician .guna kertas putih seeloknya . Contoh partician resume baru letak resume,partician IC baru letak IC original dan seterusnya.

PEMAKAIAN

Pakaian perlu kemas dan seeloknya 
bagi perempuan berpakaian kasual,baju kurung,kasut bertutup  jika tiada blazer,kemeja putih tuck in dan seluar slack hitam 
Manakala lelaki berpakaian kemas seperti kemeja kosong bertali leher,kasut bertutup dan seluar slack .

Disini juga ada markah untuk first impresionisme dan etika pemakaian.

LAIN-LAIN

Pastikan anda sudah bersedia.Hilangkan nervous dgn berborak atau jika orang Islam berzikir dan sebagainya. Sentiasa nampak cool dan bersahaja.

Ok nanti di lain masa saya akan ceritakan pengalaman interview kerja kerajaan pula . Byee assalamualaikum 


Comments

Popular Posts