Gegaran dirasai di Melaka

Gegaran di Melaka Susulan Kejadian Gempa Bumi Di Utara Sumatera ,Indonesia 

     Keratan Akhbar Sinar Harian Malaysia 26/2/2022


Menurut akhbar tempatan Malaysia kejadian gempa bumi berlaku di Utara Sumatera ,Indonesia .JabatanMetMalaysia(Metereologi Malaysia) melaporkan  Berikutan daripada kejadian gempa berskala 6.1 skala ritcher kemudian disusuli dengan 4.9 skala ritcher . Gegara tersebut turut dirasai penduduk di sekitar semenanjung Malaysia . Antara negeri yang terlibat adalah Melaka,Selangor,Negeri Sembilan,Pahang,Putrajaya,Johor  dan Pulau Pinang.

          Di atas merupakan sedikit kupasan yang telah saya simpulkan daripada keratan akhbar tempatan Malaysia. Menurut info lain daripada keluarga terdekat saya,kejadian gegaran turut berlaku di tempat kerja abang saya. Sebahagian daripada bangunan pentadbiran beliau bekerja iaitu di Utem Melaka,mengalami gegaran. Alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan dialami hanya sedikit gegaran sahaja. Malah,kejadian rumah retak dialami oleh rakan baik majikan saya. Rumahnya yang baru sebulan siap didirikan itu mengalami retak pada bahagian atas rumah tiga tingkat tersebut.Kejadian ini berlaku di Semabok ,Melaka.

     Manakala terdapat informasi lain daripada ibu bahawa bangunan beli-belah Melaka Mall merasakan gegaran. Orang ramai turut merasai gegaran dan masing-masing bertindak keluar dari bangunan tersebut demi mengambil langkah keselamatan.Sumber lain yang saya dapat dari hasil ciapan Twitter dan media sosial lain bangunan LHDN Melaka mengalami retak sehingga tingkat kelapan.Susulan kejadian ini wartawan berkerumun di pintu gerbang bangunan LHDN Melaka.Akan tetapi tidak dibenarkan masuk kecuali mereka membuat liputan di luar bangunan sahaja.

      Dalam akhbar juga turut dilaporkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka  mendapat tujuh panggilan kecemasan dari bangunan Hang Tuah Jaya, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin,Setiausaha Kerajaan Negeri di Seri Negeri dan beberapa bangunan Universiti Teknologi Mara cawangan Melaka Tengah.

     Sebahagian pakar mengatakan bahawa bangunan yang dibina di Malaysia ini tidak kalis gempa bumi. Kerajaan perlu mengikut contoh di Negara Jepun di mana setiap inci bangunan yang didirikan di Jepun mempunyai sistem kalis gempa atau bencana. 

     Saya berharap agar kerajaan perlu mewujudkan sistem pembinaan bangunan yang lebih selamat,telus dan kalis gempa untuk masa kedepan dan tahun tahun akan datang.Ini juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko bangunan retak sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos pembaikan semula bangunan .
      
Sedikit tambahan bagi yang tengah mencari kerusi mengaji premium yang selesa boleh klik sini  


Kerusi mengaji ni confirm tidak sakit belakang jika duduk lama sedikit. Insha Allah :) 

Kemudian bagi yang nak mengikuti kursus urutan sukan boleh klik juga disini :) insha Allah sama-sama dapat ilmu dan manfaat atasnya . 


Semoga berjumpa di lain post blog saya Byee.

Comments

Popular Posts