Resepi kuih tepung pelita

 Kuih Tepung Pelita Sedap Sepanjang Zaman 

RESIPI | Assalamualaikum semua..entry post saya kalini mengenai resepi kuih tepung pelita .Kalau anda nak tahu resepi ini paling simple dan sangatlah mudah.Sebelum-sebelum ini,kalau nak makan kuih tepung pelita kena beli kan? Haa apa kata tak payah beli ,kita buat sahaja di rumah . Bahan-bahannya pula sangat simple dan mudah didapatkan .Hanya perlukan tepung beras ,daun pandan,santan,air,gula dan garam secukupnya.Jom cuba resepi ini memang menjadi.


BAHAN UNTUK BASE HIJAU TEPUNG PELITA

•1 cawan tepung beras .

•1 cawan gula .

•4 cawan air pandan (6helai daun).

• Pewarna makanan (hijau) boleh tambah untuk pekatkan warna .(Saya tak pakai sebab suka warna yang hijau asli.)


BAHAN UNTUK TOPPING PUTIH TEPUNG PELITA

•4 cawan santan atau [1 cawan santan pekat + 3cawan air (Kalau guna santan kotak KARA) ].

•1 cawan tepung beras.

•1 1/2 sudu kecil garam (untuk lemak-lemak masin).


CARA-CARA MEMASAKNYA :-

1-Buat base hijau dahulu.Masukkan 1 cawan tepung beras ,1 cawan gula,4cawan jus pandan kedalam periuk.Masakkan dengan api sederhana.

2-Kacau sehingga menjadi kental sedikit.Kalau dah masak adunan akan keluarkan percikan seperti percikan larva.

3-Tuangkan adunan base hijau kedalam mangkuk atau kotak daun pisang yang dibuat sendiri.

4-Kemudian,buat topping berwarna putih pula.

5-Masukkan 1 cawan tepung beras , 4 cawan santan atau 1cawan santan kotak+3 cawan air,dan  1 1/2 sudu kecil garam kedalam periuk .Kacau sehingga masak.

6-Tuangkan topping putih diatas base hijau tadi.Biarkan kuih sejuk seketika pada suhu bilik.

7-Kemudian  masukkan kuih kedalam peti ais dan biarkan semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

8-Selamat makan.

Kuih tepung pelita 

Btw.. saya guna tepung beras cap teratai ok .


Comments

Popular Posts